Thursday, May 28, 2015

MY 3rd year of marriage


sedar xsedar lagi 2 3 bulan untuk langkah ke tahun ke 3 perkahwinan
sekejap masa berlalu...
bermula daripada 2012...selama di tawau, selama di mana2 pon,keadaan nya tetap sama sehingga hari ini
kami masih berdua...
belum bertiga..
belum ada rezeki atau mmg Allah dah takdirkan bgini..

andai kata tiada..aku redha ya tuhan... tp mohon padamu..hadirkanlah org2 yg tahu menjaga hati dan perasaan aku...
sememangnya..aku sahaja yg menjaga hati dan perasaan org selama 3 tahun kebelakangan ni...

Sunday, September 14, 2014

Hello 2014!!

Assalamualaikum..

wahhh... 2014 dah nak sampai hujung tapi saya baru jenguk blog saya...
dah sangat berhabuk dan berkulat pun...

time to clean up!!!

Ok.. now i realize how much my life was changed!!
everything changed!!

HOW BOUT MYSELF??

hurm.. nothing change..
kalau orang yg last jumpa saya tahun 2010 pun akan ckp sy xberubah
daripada

fizikal mmg maintain.. walaupun dah mcm2 cara utk gain weight.
emosi mmg selalu xstabil,sbb mmg drpd kecik org asyik layan,so sampai kawin pun hubby terpaksa la layan degil n keras kepala saya!!

Cuma sepanjang 2013-2014...
karier sy sgt tough, menghadapi mcm2 ujian yg datang ..
kadang2 sy terpaksa bertindak diluar kawalan..
anyway... xpe!! sebab sapa lagi nak fight utk diri sdiri kalo bukan orang lain..
plus , xde sesiapa pun akan bagi rezeki kat kita tanpa kita usaha..
USAHA? dalam apa jua cara!!

MARRIAGE??

HURM.... wait for next post  -------->>>>>>

Friday, April 19, 2013

Welcome to da club

TAHNIAH KEPADA SAHABAT YG BARU SAHAJA SELAMAT DIIJABKABULKAN...
meh kongsi2 tgk majlis perkahwinan kawan karib saya..ALHAMDULILLAH...semua dah selamat menjadi isteri...semoga bahagia hingga ke syurga... amin...
 MAJLIS PERKAHWINAN NIK HAZREENA AIFFA...TAHNIAH KAK OKIQQ N ABG SAPIKK


MAJLIS PERKAHWINAN NIK NOOR NABILA RIFHAN...TAHNIAH SYGKU LALA..INI SAHABAT SAHABAT SAYA SEJAK SY BABY LAGI... TAHNIAH NABILA N HISYAM


MAJLIS PERKAHWINAN NOR AZLIZA DGN SUAMINYA POK PISS...TAHNIAH KAK NORR..SEMOGA CEPAT DAPAT BABY..DAH BYK MASA RUGI TU..HEHE...
APE PUN KITA DOAKAN KEBAHAGIAAN DIORG SEMUA INI.....
????????????????????????????????????????????????????????????????????????
TP YANG SORG LAGI NI...BILA LAGI??????????????????????????????????
TU DIA....TGH BERFIKIR ALA2 GEDIK......

Forget everything and start the new....

Sedar xsedar dah hampir setahun perkahwinan sy.. tp baru sekarang belajar mengenali suami tersayang dgn lebih dekat lagi... maklumlah sejak berkahwin asyik berjauhan... and... we will start our new life on our own way...  :)

sebab sy dah dapat transfer drpd bumi tawau berpindah ke pahang...
ALHAMDULILLAH... sy kongsikan bersama foto2 kenangan setelah kembalinya sy pd suami tercinta :)




Wednesday, December 5, 2012

ku imbas lagi...

Sangat lama xmenconteng kt sini...sehinggalah seseorang bertnya sy tentang kewujudan blog ni...hampir sy terlupa pada tempat yg sy contengkan kenangan sy...disini hanya kenangan yg ada...sy sentiasa hidup bersama kenangan..kerana yg sy kenang adalah sesuatu yg indah...dan yg mengingatkan sy adalah yg teridah untuk sy...mungkin keindahan yg pernah singgah dlm kehidupan sy itu,akan berlalu sahaja kerana sy tidak mampu berbuat ape2..kerana ia hanya sesuatu yg hanya boleh dikenang...dan keadaan telah mngubah segalanya...

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan dikejauhan

Salam Ramadhan kpd semua. semestinya kita menantikan ketibaan bulan yang penuh keberkatan pada setiap tahun..dan sering kali sy dengar "semoga ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun yg lepas"...insyaAllah.. niat dah ada, tinggal tunaikan tanggungjawab itu saja...

YA!! semua inginkn semua perkara yang baik utk mereka dan berubah kearah kebaikan..saya juga begitu..semakin hari kita kian matang..makin tahu untuk membezakan apa yang baik dan buruk...

Cerita kali ini...berpuasa di seberang...laut cina selatan...jauhnye.. sangat berbeza kehidupan saya sekarang dgn keadaan sebelum ini.. pepatah lama. bersusah-susah dahulu...harapnya kesenangan dan kelapangan serta ketenangan itu cepat datang kepada sy.. Orang-orang di tawau kata, sama saja suasana di semenanjung dgn di tawau...tp bagi sy yg merasainya sendiri ..sgt2 berbeza..jauh bezanya,,,mungkin mereka selesa ditempat sendiri dan mungkin jugak mereka tak pernah langsung ke semenanjung...bg saya..berkata2 lebih mudah daripada mengalaminya sendiri...

dugaan pada kali pertama dan hari pertama ramadhan disini ialah untuk bersabar dengan karenah dan ragam manusia disini..sgt2 berbeza cara pemikiran dan tingkahlaku..walaupun di merata dunia sekali pun semua org sedang bersabar dengan karenah manusia...tp bagi sy itu sesuatu yg perit utk dihadapi...kadang2 sy rasa sanggup mengerah keringat di tengah cuaca yang panas dengan menahan lapar dan dahaga daripada menghadapi tabiat manusia2 ini..wahh..samapi begitu sekali..walaupun hakikatnya kedua2 sekali sy tak sanggup..hurm..itu lah manusia...selalu inginkan keselesaan...

harapnya....ini adalah ramadhan pertama dan terakhir saya disini....

dan ini ramadhan terakhir saya sebagai seorang bujang...peewiit!!...tak sampai sebulan lagi untuk melangkah ke kehidupan yang baru...dan saya perlahan-lahan meninggalkan semua kisah silam sy dan tabiat yg saya tak patut bawa ke alam baru saya nanti...harapnya kehidupan itu penuh dengan keindahan, keikhlasan dan ketulusan cinta...

Banyak2 melakukan ibadah dan mengambil peluang untuk melakukan pahala dan amal soleh pada bulan ini...lakukan seolah-olah kita tak akan berjumpa lagi ramadhan tahun akan datang..anggaplah ini ramadhan terakhir kita...Selamat berpuasa!!!




Wednesday, May 16, 2012

Andai dapat diundur masa

Selalu sy sebutkan sejak akhir-akhir ni..andai dpt ulang balik masa-masa lampau..mungkin sy tidak disini hari ni..mungkin sy di semenanjung n mungkin jgk di kuching saat ini...baru boleh dipakai pepatah lama, terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata..inilah padahnya...


tapi bila difikirkan balik ...inilah ketentuan tuhan untuk hambanya..diberi kepahitan dibalas dengan keindahan..maksudnya bersusah dahulu,senang di kemudian hari,,tapi sy tak pasti haluan mana yang akan sy lalui nanti..


kehilangan tu buatkan kita menghargai sesuatu..ketepikan ego..kalau tidak diri sendiri yang sengsara..itulah yang sy alami..sgt-sgt ego waktu dulu dan sekarang..mungkin jgk pada masa hadapan..bergantung pada situasi yang sy lalui nanti..bercerita soal kehilangan ..sy mengalaminya sendiri...sesuatu yang sgt menyakitkan...kehilangan arwah nenek yang tersayang.. sejak dari kecil bersama, tp tak dapat tatap untuk kali terakhir...  AL-FATIHAH...


dan kehilangan lain....kehilangan dalam keadaan lain,yang membuatkan saya sgt menyesal seumur hidup sy.. dan buatkan sy sayu memikirkan perkara yang lepas..betul..let bygone be bygone.. tapi hati dan fikiran manusia bukan seperti alatan canggih pada zaman sekarang utk terus delete dan semuanya hilang.. kadang-kadang bila teringat balik kisah dulu-dulu..sangat menusuk...cewahh...tapi itulah hakikatnya.. sy sendiri pernah berkata pada seseorang..kita akan menghargai seseorang itu bila kita kehilangan dia dan bila dia dah pergi jauh daripada kita..  itu lah kehidupan,sekejap kita diatas,sekejap kita dibawah...terus tuhan tunjukkan yang kita betul-betul menghargai orang yang telah pergi...semoga sesuatu yang terindah menanti sy dihadapan..

Ya Allah, berikanlah ketenangan, tunjukkanlah jalan yang diredhaiMu, permudahkan segala urusan ini..sesungguhnya Engkau yang menyatukan hati-hati kami ini yang berkumpul kerana mengasihiMu, kekalkanlah kemesraan antara kami, ke jalan yang benar, terangilah hati kami dengan cahaya yang tidak pernah malap,lapangkan hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dalam keindahan untuk hidup bahagia ke jalanMu..amin