Wednesday, December 28, 2011

cepat atau lambat

Dah lama rasanya sy tak update blog ni rasanya...cepatnya masa berlalu.. rupanya dah 3 tahun sy menghabis usia sy di kuantan...cepat sangat kalau nak kenangkan balik..tapi untuk lalui semua tu...beratnya.. ditambah pulak dengan macam2 dugaan yang datang...suka sy bercerita soal jodoh walaupun sy belum lagi ditemukan jodoh..maksud sy diijabkabulkan...insyaAllah..cepat atau lambat, masanya akan sampai dan sy berdoa semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya...amin...

kepada orang2 yang menanti dan mencari jodoh sekarang,jangan mudah give up...jodoh di tangan tuhan cuma Dia belum mempertemukan lagi kepada kalian..mungkin Dia nak kte lebih berusaha dan timba banyak lagi pengalaman..

anyway, mohd azhar ashri, sabar2 lah ye..cepat atau lambat tak kan lari gunung dikejar,tp kalau sy kena kejar memang sy akan lari... sama-sama berdoa supaya dimurahkan rezeki dan dipercepatkan  jodoh...dan ada masa lagi untuk kte persiapkan diri untuk jd yang lebih baik kepada pasangan kte... MAY GOD LEAD US TO THE RIGHT PATH... amin...

Thursday, December 1, 2011

mana 1 kawan mana 1 lawan

sepanjang sy membesar dan mempunyai ramai kawan...sy baru sedar kawan yang macamana kita harus pilih...maaf untuk sesiapa yang terasa..sy bukan lah seorang yang kejam..tapi sy rasa sakit bila sesuatu yang dipanggil FITNAH itu dtg kepada sy..

kepada sesiapa yang berkenaan...
sy maafkan awak semua jika awak2 terbaca blog sy..maaf sepanjang beberapa bulan kita xbertegur sape tp sy mmg cukup terasa dengan sikap kalian..sepatutnya kalian memahami sy tapi lebih terkilan bila sy rasa seperti ditikam dari belakang..apa pun semoga bahagia dengan jalan hidup masing2 nanti dan harap hal macam ni xterulang kepada orang lain...

F.S
andai awk juga terbaca blog sy,sy mohon maaf atas kelakuan sy pada awk..bukan salah awk 100% dan sy jugak xmungkin salah kan diri sendiri, mungkin kita mmg xbjodoh dan ALLAH nak temukan awk dgn orang yg lebih baik dari semua yang pernah awk jumpa sebelum ni...

awk mungkin hilang seorang perempuan dalam hidup awk tp sy hilang ramai kawan sejak insiden malam tu..harapan sy,sehingga hari terakhir sy disini,sy dikelilingi kawan2 yg sememangnya 3thn sy selesa bersama..tapi sejak malam tu sy cuma ada mereka yang betul2 mengenali sy..rasanya awk tahu sape mereka..
tapi sy jugak patut berterima kasih pada awk..sbb semua ni cukup menguji sy dan manjadikan sy seorang yang lebih kuat utk terima pandangan dan kata2 sinis daripada mereka...dan mungkin lebih mematangkan sy..

ape pu..mengenali awak adalah satu kenangan indah untuk sy, dan awk mmg sahabat dan abang yang baik selama kita kenal...

P/S: sgt rasa teraniaya dan skrg sy dah kenal sape lawan sy...dan sape kawan sy.. thankss!!

Thursday, November 3, 2011

Dari kerana mata hati

Kata orang, dari mata turun ke hati...kalau dah tak cinta tak sayang,setiap masa tengok setiap hari jumpa pun tak akan timbul rasa sayang kalau hati dah tak boleh nak sayang..tapi kalau dah berkenan sekali mata bertentang..timbul rasa sayang.. 

Friday, October 28, 2011

kecelaruan hati

sekian lama sy tak menconteng kat sini..bila jiwa terusik, tangan mula menaip..sy tak tahu kenapa sekarang sy rasa hidup sy bagaikan dah berakhir..saban hari sy tidak lagi memikirkan perasaan sendiri kerana terlampau menjaga perasaan seseorang..seseorang yg sy tahu sgt penyayang dan mengambil berat..

saban hari sy berfikir kenapa sy seperti tak mampu menjadi sepertinya..tak mampu menjaga hatinya sebaik mungkin dan tak mampu menyayanginya...untuk kesekian kali sy berdoa supaya hati sy terbuka untuk dia dan tidak melukakan dia..

tp pernah suatu hari tanpa sedar yg sy membuat dia berkecil hati...sebagaimana dia banyak belajar tentang sy,begitu juga sy,sy cuba belajar tentang dia..tapi sy rasa hati sy semakin tidak mampu untuk masuk kedalam hatinya..

pernah jugak dia bertanya,apa yang sy cari pada seorang lelaki...mana mungkin sy dapat menjawab sebab sy sendiri tidak tahu apa yang sy cari pada seorang lelaki..hakikatnya,sy tidak mencari apa-apa pun pada seseorang lelaki..sy tidak mencari kesempurnaan tapi sy rasakan sy belum lagi terjumpa lelaki yang membuatkan sy menjadi sempurna..

sy mengharapkan cinta yang ikhlas datang dari hati kerana sy sudah sekian lama mati dengan cinta, cinta sy yang dah lama terkubur..tapi sekarang sy terperangkap dalam cinta seseorang yang sgt menginginkan sy membalasnya..sy tak pasti sampai bila sy akan jalani kecelaruan ni dan bagaimana penghujung kisahnya...


Saturday, September 3, 2011

SATU PERSIMPANGAN

dalam satu perjalanan yang panjang, kadangkala kita tersepit dalam satu keadaan dimana kita harus memilih sesuatu yang terbaik untuk kte,,,Ya! saya harus memilih satu jalan yang sememangnya akan merubah kisah hidup saya..mungkin untuk selamanya...

saya terperangka dalam kisah yang saya sendiri tak faham kenapa perlu ada keadaan macam ni...tp saya tak boleh berkata begini..saya tidak mahu menyalahkan takdir...

dan memang salah saya kerana membiarkan dia terus berharap..walaupun pada awalnya saya cuba untuk elakkan benda macam ni terjadi...hati manusia bermusim dan berubah-ubah..kadangkala kita xmamu mengawalnya...

di persimpangan ni...saya sangat takut untuk mengecewakan hati seseorang yang saya sangat hormati,sebab kadang-kadang timbul perasaan indah bila bersama dia...

minat bukanlah bererti cinta...
suka bukanlah bererti cinta...
rindu bukan cinta...
sayang juga bukan cinta...
cinta adalah cinta...

cinta ini bukan lah untuk diberi pada banyak orang...tp untuk org yang kita merasakan bahawa dia lah yang kita cinta....cinta saya hanya ada satu...sama sekali tak akan terbahagi...apa daya saya untuk memaksa dan apa daya saya untuk menghalangnya....

biar masa yang tentukan...saya hanya mampu berdoa supaya ditunjukkan jalan yang terbaik untuk saya pilih....

Saturday, August 27, 2011

sepagi di kota bharu

sepagi di kota bharu yang hujan,
kututupi wajah muramku dengan payung,
kuselimuti badanku dengan gigitan,
kuhanyutkan hatiku dengan kenangan

sepagi di kota bharu yang hujan,
aku cuba mencari jalan pulang,
aku selongkar kotak perasaan,
moga-moga terjumpa perasaan
 yang telah lama Dia hilangkan

sepagi di kota bharu yang hujan,
aku masih lagi begini
basah dengan air yang menitis

Sunday, August 21, 2011

ku mohon pada Mu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

YA RABBI...

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.

Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MUlebih dari segala sesuatu.

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapiuntuk-MU.

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.

Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.

Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Dan aku juga meminta...


Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.

Berikan aku sekeping hati yang sungguhmencintai-MU,sehingga aku dapat mencintainya dengancinta-MU,bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.

Berikanlah sifat-MUyang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.

Berilah akutangan-MUsehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.

Berikanlah akupenglihatan-MUsehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.

Berikan aku mulut-MUyang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MUdan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan,''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''

Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Thursday, August 11, 2011

bila hati berkata

assalamualaikum...
hati sy terusik lagi untuk menconteng disini..semestinya bercerita tentang cinta...tp tidak semestinya sy sedang dilamun cinta..sy sebenarnya sedang perbaiki diri dalam menguatkan cinta sy pada Allah...sekian lama sy lalai untuk mencintaiNya sepenuh hati sy...

CINTA...
hati tak tenang bila ada yg bertanya soal cinta dan kisah cinta sy....risau....
but i shouldnt wonder how my love story will be,hows the beginning n how it will end..i really care who will be with me,will be my lover till the end...

ADAM sy...pemilik tulang rusuk sy..sy mencuba utk menjadi yang terbaik sementara menunggu masa pertemuan kita...insyaAllah..sesuatu yang terbaik dari sy bila sy bersama dengan pemilik sy...semoga kita dipertemukan secepatnya dan doa sy mengiringi kehadiran pemilik sy...kerana Allah menciptakan sesuatu yg terbaik utk setiap hambaNya...

Sunday, July 24, 2011

EVERYTHING IS NEW

hi..i'm back n just want to start all over again..have to delete all older posts...saya nak lupakan apa yang saya dah xnak ingatkan lagi.. :)

menunggu masa untuk pergi keje mlm ni...tfikir pulak yang saya hanya ada beberapa bulan lagi kt sini...akan tinggalkan sejuta kenangan kat sini...yang penting sekali tahun ni last berpuasa sebagai seorang student...buat kawan2 saya..semoga tabah dalam apa pun yang kte lalui kat tempat ni..saya tahu banyak halangan yang datang kepada sejak akhir2 nih..semua tu dugaan daripada ALLAH supaya kte lebih bersabar dan lebih kreatif untuk kehidupan kte yg seterusnya.. insyaAllah....