Friday, October 28, 2011

kecelaruan hati

sekian lama sy tak menconteng kat sini..bila jiwa terusik, tangan mula menaip..sy tak tahu kenapa sekarang sy rasa hidup sy bagaikan dah berakhir..saban hari sy tidak lagi memikirkan perasaan sendiri kerana terlampau menjaga perasaan seseorang..seseorang yg sy tahu sgt penyayang dan mengambil berat..

saban hari sy berfikir kenapa sy seperti tak mampu menjadi sepertinya..tak mampu menjaga hatinya sebaik mungkin dan tak mampu menyayanginya...untuk kesekian kali sy berdoa supaya hati sy terbuka untuk dia dan tidak melukakan dia..

tp pernah suatu hari tanpa sedar yg sy membuat dia berkecil hati...sebagaimana dia banyak belajar tentang sy,begitu juga sy,sy cuba belajar tentang dia..tapi sy rasa hati sy semakin tidak mampu untuk masuk kedalam hatinya..

pernah jugak dia bertanya,apa yang sy cari pada seorang lelaki...mana mungkin sy dapat menjawab sebab sy sendiri tidak tahu apa yang sy cari pada seorang lelaki..hakikatnya,sy tidak mencari apa-apa pun pada seseorang lelaki..sy tidak mencari kesempurnaan tapi sy rasakan sy belum lagi terjumpa lelaki yang membuatkan sy menjadi sempurna..

sy mengharapkan cinta yang ikhlas datang dari hati kerana sy sudah sekian lama mati dengan cinta, cinta sy yang dah lama terkubur..tapi sekarang sy terperangkap dalam cinta seseorang yang sgt menginginkan sy membalasnya..sy tak pasti sampai bila sy akan jalani kecelaruan ni dan bagaimana penghujung kisahnya...