Wednesday, December 5, 2012

ku imbas lagi...

Sangat lama xmenconteng kt sini...sehinggalah seseorang bertnya sy tentang kewujudan blog ni...hampir sy terlupa pada tempat yg sy contengkan kenangan sy...disini hanya kenangan yg ada...sy sentiasa hidup bersama kenangan..kerana yg sy kenang adalah sesuatu yg indah...dan yg mengingatkan sy adalah yg teridah untuk sy...mungkin keindahan yg pernah singgah dlm kehidupan sy itu,akan berlalu sahaja kerana sy tidak mampu berbuat ape2..kerana ia hanya sesuatu yg hanya boleh dikenang...dan keadaan telah mngubah segalanya...

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan dikejauhan

Salam Ramadhan kpd semua. semestinya kita menantikan ketibaan bulan yang penuh keberkatan pada setiap tahun..dan sering kali sy dengar "semoga ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun yg lepas"...insyaAllah.. niat dah ada, tinggal tunaikan tanggungjawab itu saja...

YA!! semua inginkn semua perkara yang baik utk mereka dan berubah kearah kebaikan..saya juga begitu..semakin hari kita kian matang..makin tahu untuk membezakan apa yang baik dan buruk...

Cerita kali ini...berpuasa di seberang...laut cina selatan...jauhnye.. sangat berbeza kehidupan saya sekarang dgn keadaan sebelum ini.. pepatah lama. bersusah-susah dahulu...harapnya kesenangan dan kelapangan serta ketenangan itu cepat datang kepada sy.. Orang-orang di tawau kata, sama saja suasana di semenanjung dgn di tawau...tp bagi sy yg merasainya sendiri ..sgt2 berbeza..jauh bezanya,,,mungkin mereka selesa ditempat sendiri dan mungkin jugak mereka tak pernah langsung ke semenanjung...bg saya..berkata2 lebih mudah daripada mengalaminya sendiri...

dugaan pada kali pertama dan hari pertama ramadhan disini ialah untuk bersabar dengan karenah dan ragam manusia disini..sgt2 berbeza cara pemikiran dan tingkahlaku..walaupun di merata dunia sekali pun semua org sedang bersabar dengan karenah manusia...tp bagi sy itu sesuatu yg perit utk dihadapi...kadang2 sy rasa sanggup mengerah keringat di tengah cuaca yang panas dengan menahan lapar dan dahaga daripada menghadapi tabiat manusia2 ini..wahh..samapi begitu sekali..walaupun hakikatnya kedua2 sekali sy tak sanggup..hurm..itu lah manusia...selalu inginkan keselesaan...

harapnya....ini adalah ramadhan pertama dan terakhir saya disini....

dan ini ramadhan terakhir saya sebagai seorang bujang...peewiit!!...tak sampai sebulan lagi untuk melangkah ke kehidupan yang baru...dan saya perlahan-lahan meninggalkan semua kisah silam sy dan tabiat yg saya tak patut bawa ke alam baru saya nanti...harapnya kehidupan itu penuh dengan keindahan, keikhlasan dan ketulusan cinta...

Banyak2 melakukan ibadah dan mengambil peluang untuk melakukan pahala dan amal soleh pada bulan ini...lakukan seolah-olah kita tak akan berjumpa lagi ramadhan tahun akan datang..anggaplah ini ramadhan terakhir kita...Selamat berpuasa!!!




Wednesday, May 16, 2012

Andai dapat diundur masa

Selalu sy sebutkan sejak akhir-akhir ni..andai dpt ulang balik masa-masa lampau..mungkin sy tidak disini hari ni..mungkin sy di semenanjung n mungkin jgk di kuching saat ini...baru boleh dipakai pepatah lama, terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata..inilah padahnya...


tapi bila difikirkan balik ...inilah ketentuan tuhan untuk hambanya..diberi kepahitan dibalas dengan keindahan..maksudnya bersusah dahulu,senang di kemudian hari,,tapi sy tak pasti haluan mana yang akan sy lalui nanti..


kehilangan tu buatkan kita menghargai sesuatu..ketepikan ego..kalau tidak diri sendiri yang sengsara..itulah yang sy alami..sgt-sgt ego waktu dulu dan sekarang..mungkin jgk pada masa hadapan..bergantung pada situasi yang sy lalui nanti..bercerita soal kehilangan ..sy mengalaminya sendiri...sesuatu yang sgt menyakitkan...kehilangan arwah nenek yang tersayang.. sejak dari kecil bersama, tp tak dapat tatap untuk kali terakhir...  AL-FATIHAH...


dan kehilangan lain....kehilangan dalam keadaan lain,yang membuatkan saya sgt menyesal seumur hidup sy.. dan buatkan sy sayu memikirkan perkara yang lepas..betul..let bygone be bygone.. tapi hati dan fikiran manusia bukan seperti alatan canggih pada zaman sekarang utk terus delete dan semuanya hilang.. kadang-kadang bila teringat balik kisah dulu-dulu..sangat menusuk...cewahh...tapi itulah hakikatnya.. sy sendiri pernah berkata pada seseorang..kita akan menghargai seseorang itu bila kita kehilangan dia dan bila dia dah pergi jauh daripada kita..  itu lah kehidupan,sekejap kita diatas,sekejap kita dibawah...terus tuhan tunjukkan yang kita betul-betul menghargai orang yang telah pergi...semoga sesuatu yang terindah menanti sy dihadapan..

Ya Allah, berikanlah ketenangan, tunjukkanlah jalan yang diredhaiMu, permudahkan segala urusan ini..sesungguhnya Engkau yang menyatukan hati-hati kami ini yang berkumpul kerana mengasihiMu, kekalkanlah kemesraan antara kami, ke jalan yang benar, terangilah hati kami dengan cahaya yang tidak pernah malap,lapangkan hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dalam keindahan untuk hidup bahagia ke jalanMu..amin

Thursday, May 10, 2012

tentang 1 ikatan

Aku Damba Perkahwinan Yang Menyempurnakan Agamaku

Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”
Seperti mana sebuah cinta yang mendalam boleh pudar begitulah jua cinta yang tiada kan bisa dipupuk. Cuba kembali ke zaman dahulu di waktu nenek dan datuk kita bertemu dan bersatu. Kebanyakan dari mereka ditentu jodoh oleh ibu bapa. Tanpa bantahan tanpa bicara, perkahwinan di setuju asalkan calon menantu seorang yang baik dan beriman.
Statistic penceraian yang terjadi di waktu itu tidak lah menghampakan seperti sekarang. Walau mereka bersatu bukan atas dasar cinta tetapi lama-kelamaan rasa itu bisa dirasa. Disitulah hikmahnya sebuah restu orang tua.

Tetapi cuba kita buka mata dan melihat dunia hari ini. Penceraian demi penceraian sering kita kedengaran. Hampir sahaja perkara tersebut di anggap biasa dan kini kita sudah tidak terkejut mendengar penceraian yang berlaku di mana-mana pun.
Entah apa puncanya. Berkahwin kerana cinta sama cinta pun masih banyak masalah melanda. Bercinta hampir 5 tahun, berkahwin tak sampai 5 bulan. Mengapa terjadinya kejadian-kejadian yang terlalu mengecewakan ini?
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”
Perkahwinan sebenarnya sangat suci dan merupakan ikatan dua hati. Disitu kan teruji sebuah kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan. Berkahwinlah dengan niat untuk menyempurnakan agama. Makanya, pasangan yang dipilih jangan kerana nilai material yang ada padanya. Jika berkahwin semata-mata hanya kerana cinta, suatu masa nanti cinta akan pudar jika tidak di baja atau pun tatkala hati bertemu dengan insan yang lebih sempurna.

Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan, suatu masa nanti tatkala kau jumpa kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.
Oleh itu, berkahwinlah kerana agama. Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama. Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata, tetapi tekadlah untuk sama-sama melengkapi kekurangan diri. Sama-sama membimbing ke jalan yang diredai.
Kehidupan ini tidak lama, kematian akan membawa kepada sebuah alam yang kekal. Di alam sana kita mahu bersama keluarga kita kembali, berkumpul dan bersatu lagi. Tetapi jika kita tidak bentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, bagaimana kita akan menemukan insan yang bertaqwa dan bagaimana nanti kita akan memimpin pasangan kita untuk bersama-sama dunia akhirat?
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Tidak mengapalah jika pasangan kita kurang rupa, asalkan dia orang yang kuat agama. Kecantikan dunia tidak akan kekal lama. Meningkat usia rupa sudah hilang mudanya. Dan perhatikan pula jika berlaku kemalangan yang menjejaskan rupa, mencacatkan anggota dan menghilangkan keupayaan kita, hilang ranap segala yang kita banggakan itu. Itulah kecantikan yang ada di dunia.
Tetapi, di alam syurga, semua manusia akan jelita dan kacak bergaya. Itu akan kekal abadi, dan mata tidak akan pernah jemu-jemu menatapnya. Subhanallah!
Jangan hampa jika pasangan kita tidak kaya, asal hatinya kaya dengan zikir-zikir mengingati yang Esa. Harta dunia cuma tipu daya. Kemiskinan satu ujian dan kekayaan jua suatu ujian. Malah jika iman menipis di dada, kekayaan yang melimpah ruah itu sememangnya sukar dijaga. Dan di akhirat nanti setiap sen yang kita ada akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.
Cukuplah sekadarnya kita punya, asalkan kita masih mampu menjalani kehidupan dengan mudah dan sempurna. Asalkan kita mampu mencari rezeki yang halal yang tidak bergelumang hutang piutang, itu sudah memadai. Berdoalah kepada Allah memohon perlindungan dan kekuatan dari nafsu yang tidak jemu merayu.
Di alam syurga yang kekal sana, tiada lagi manusia yang miskin, segala apa yang dihajati akan sampai hatta dengan sekali niat sahaja. Rumah-rumah bersalut kemewahan, kenderaan yang jauh lebih hebat dan tidak mampu di bayangkan. Subhanallah,cukup besar anugerah Allah kepada mereka yang tidak melupakanNya.
Dari Abu Musa Al Asy’ari dari Nabi shallallaahu alaihi wa sallam beliau bersabda, “Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan rumah yang terbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya, di sekelilingnya tinggal pula orang mukmin lainnya namun mereka tidak saling melihat satu sama lain.”[11]
Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya”. (QS al-Baqarah : 25)

Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia. Bahagia bukan hanya mendamba meterialistik semata-mata. Tetapi bahagia akan hadir dalam reda Dia. Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan.